disabled

Wednesday, December 3, 2014

Tips rimbunkan kembali pokok ros

Hari ini saya nak cerita tentang cara untuk kembalikan pokok ros dari macam ini



kepada macam ini


Gambar yang pertama adalah pokok ros saya selepas dicantas. Kebiasaannya saya akan cantas bila pokok dah semakin tinggi, atau pokok rosak diserang serangga dan keadaan pokok yang agak rosak teruk. Saya memang tak suka tengok daun pokok ros saya buruk-buruk, jadi saya akan buang atau cantaskan dia dengan harapan berganti daun baru yang cantik. Cerita cantasan akan saya ulas pada post akan datang ya.

Ok berbalik pada cara nak gemukkan kembali pokok ros. Cara saya adalah:

1) Kawalan perosak
Selepas cantas, semburkan kawalan perosak pada seluruh pokok termasuk tanah. Ulang semburan setiap 3-4 hari. Kalau menggunakan kawalan perosak jenis organik, semburkan kalau boleh 2 hari sekali, sehingga pucuk dah mula menjadi daun dan cantik, boleh jarakkan semburan, seminggu sekali atau mengikut jadual semburan seperti biasa.

2) Pembajaan
Pada 2 minggu pertama, lebihkan baja yang mengandungi tinggi Nitrogen (untuk pertumbuhan daun). Contoh jika kebiasaannya letak 1 sudu, lepas cantas letak lah 2 sudu selama 2 minggu (pembajaan setiap minggu ya). Saya biasa gunakan baja organik sahaja untuk pokok-pokok yang belum stabil seperti ini. Pada minggu yang ketiga boleh membaja pada kuantiti yang biasa. Pucuk pokok ros biasanya akan mula tumbuh dalam masa 2 minggu, bergantung kepada jenis dan keadaan pokok. Semburkan juga baja dalam bentuk cecair pada seluruh pokok untuk pertumbuhan yang lebih cepat.

3) Air
Pastikan pokok sentiasa disiram 2 kali sehari kecuali hujan. Pokok ros memerlukan air yang cukup terutamanya pokok yang ditanam di dalam pasu. Pertumbuhan pucuk-pucuk bergantung kepada serapan air yang cukup dari akar. Siramkan juga dengan air yang lebih setiap kali selepas membaja.

4) Cahaya
Pokok ros lebih cepat membesar dengan pendedahan cahaya matahari yang lebih lama. Ada sesetengah pokok ros yang suka pada cahaya matahari dari pagi, ada juga tengah hari dan petang. Cuba-cuba letakkan ros pada sesuatu tempat, bila tengok pokok tidak bertumbuh dengan baik, cuba pindahkan di tempat lain yang di rasa sesuai, kerana berlainan jenis pokok kadang-kadang berlainan keperluan kawasan dia. (sebab tu saya guna pasu plastik sebab senang nak pindahkan kalau tempat kurang sesuai hihi)

5) Disiplin
Ya, perlu berdisiplin untuk mendapatkan pokok ros yang cantik, juga untuk kekalkan pokok ros supaya sentiasa cantik. Tetapkan jadual, pembajaan, penyiraman, kawalan perosak, dan ikut jadual.

Kebiasaannya pokok mula berbunga kembali dalam masa 21-30 hari mengikut jenis pokok, jenis pokok renek kebiasannya lebih cepat, juga jenis hybrid tea, floribunda, grandiflora. Jenis climber kebiasannya agak lambat, saya anggarkan dalam 45 hari atau lebih, bergantung kepada jenis pokok.





7 comments:

  1. Assalamualaikum... pokok2 ros norin memang subur dan sihat.. menjadi sumber inspirasi akak... entah bila nak jadi macam ni.. tahniah... - kak diee cah d'classic

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah kalau betul caranya boleh jadi macam ni kak ;)

      Delete
  2. Subhanallah cantik sgt2 tahniah!!

    ReplyDelete
  3. Suka dgn garden akak, saya berangan2 nk juga cmni...... cantik roses kt garden akak.....

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum
    suka sgt2 tengok ros di laman awak norin. Blh akak tahu, semburan utk kawalan perosak tu awak guna jenis apa ye? Blh share?

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum. Kalau saya letakkan ros saya di tempat yang teduh ok tak, tapi bersebelahan dengan cahaya matahari?

    ReplyDelete
  6. Boleh bagi contoh Baja yg di gunakan? Nak nama baja please.. pokok rose saya susah nak keluar pucuk baru. Dah bg mcm2 baja.. baja udang, baja koyam,.. air beras, air belacan...

    ReplyDelete