disabled

Thursday, February 4, 2016

Mencantas pokok ros, mengapa dan bagaimana?

Mencantas pokok ros merupakan rutin asas yang perlu tahu oleh setiap rosarian. Untuk menjadi mahir dalam mencantas pokok bunga ros semestinya melalui pengalaman sendiri. Sentiasa mengingatkan diri sendiri bahawa agak sukar untuk ros mati hanya kerana mencantas. Jadi jangan takut cantas pokok ros.

Mengapa perlu cantas?

1) Untuk menggalakkan pertumbuhan dahan baru
2) Untuk membuang dahan tua/rosak
3) Untuk memperbaiki aliran udara pada pokok
4) Untuk membentuk pokok

Asas teknik mencantas pokok ros

1) Guna peralatan menggunting yang tajam.
2) Perhatikan pada keseluruhan pokok sebelum mencantas. Mulakan dengan memotong pada bahagian bawah.
3) Potong dalam anggaran pokok dapat ditembusi cahaya dan pengudaraan.
4) Potong secara menyerong (45 darjah) dalam anggaran 1/4 inci dari tempat keluar tunas.


5) Pastikan potongan sempurna
6) Buang semua dahan yang rosak, berwarna hitam, berkulat atau kering. dahan yang kecil (lebih kecil dari saiz pensil) dan juga sucker
7) Buangkan juga daun-daun yang rosak, kalau cantasan setahun sekali buangkan semua daun yang ada.
8) Tahap cantasan bergantung pada jenis pokok ros seperti miniature, floribunda tidak perlukan cantasan terlalu pendek, cantas 1/3 pokok atau sekadar membentukkan kembali pokok. Jenis hybrid tea, moden shrub pula perlukan cantasan sekurang-kurangnya separuh dari tinggi pokok. Untuk climber cukup sekadar buangkan dahan-dahan rosak.

Bila perlu cantas?

1) Bila pokok mula berterusan mengeluarkan bunga dan dahan yang tidak sempurna
2) Sekurang-kurangnya setahun sekali
3) Bila pokok tidak cantik bentuknya.
4) Masa yang sesuai, pilih untuk mencantas pokok semasa musim panas di waktu pagi bagi mengelakkan kanker pada batang.

Ini contoh cantasan yang saya lakukan pada 13/8/2014.


Selepas lebih kurang sebulan, pada 12/9/2014


Kemudian baru-baru ni, sebelum dan selepas



Yang ni lepas seminggu, dengan sabar menanti jeng jeng jeng.. nanti saya update progress ya :)


Selepas mencantas, harus ada penjagaan yang rapi, boleh baca di sini 


No comments:

Post a Comment